Hati Berkabut

Dimashqa
hati kami berkabut
bila bumimu ditebuk
peluru yang runtuh
dan asap yang buruk.

Seribu tiga ratus jiwa
debat tidak lagi genting
gugur kerana peluru
atau gas penuh seru.

Seribu tiga ratus jiwa
anak kecil hingga tua renta
ketika roh mereka diangkat
apakah mereka sempat bertanya
di manakah saudara-saudara kami
yang gegak gempita tentang agama?

Jalan Riong, 22 Ogos 2013

1 kritik:

fauzi rashid berkata...

lama tiada berpuisi atauada bergiat di halaman lain