Membasuh Dendam

Tak kami basuh dendam
di tebing Nahar al-Urdun.

Derita masih likat
merah mengalir
dari Hasbani
yang membasuh luka
saudara kami di Lubnan.

Dari kaki Hermon
Banias mengalirkan
sisa kejahatan
kalian bangsat
pengecap kemurkaan Tuhan.

Kala Nahar al-Urdun
suci dari tangan kalian
kami rendam dendam
hingga hilang pendam.

Kuala Lumpur, 12 Mac.

Hakim Tanpa Telur

Para hakim di Amerika Syarikat
sudah dibuang telur lelaki mereka
andai membenarkan tribunal
tanpa mata dan telinga
di atas pentas Guantanamo,
lalu hakim-hakim itu meniduri keadilan
di atas ranjang bernama mahkamah
tapi sesungguhnya lelaki yang dikasi
tak mungkin membenihkan apa-apa
jadilah mereka para hakim yang konyol.

Kuala Lumpur, 8 Mac

Drama Pengadilan

Telah berlangsung pengadilan
dalam skrip drama pendek
pengarangnya adalah hakim
saksi-saksi adalah watak dibisukan
mahkamah jadi kertas kabur
catatan-catatannya sering lebur
mesin taip usang dan huruf yang hilang
tukul hukuman sudah diketuk
pada perenggan pertama
pemicunya sudah ditarik
seawal halaman kedua
hukuman dengan huruf kapital
dibaca lewat 18 ayat tanpa noktah
tanpa koma tanpa henti
dengan satu tanda seru
dan puluhan tanda tanya
cerita pengadilan itu sudah tamat
tapi kertas masih bertimbun
untuk menaip skrip drama pendek
tanpa noktah penamat.

Kuala Lumpur, 5 Mac

Buangkan Biji Testikalmu, Wilders

Katamu Geert Wilders
“Kita boleh bergaul
dengan Muslim
tapi mereka perlu
membuang al-Quran
dan akidah mereka.”

Kata kami pula
“Kita boleh bergaul
dengan Wilders
tapi dia perlu
membuang otak
dan kelelakiannya
terlebih dulu.”

Kalau boleh kukata,
“Kau boleh bergaul
dengan kami
tapi buang dulu
biji testikalmu,
itupun kalau
kau benar-benar
ada biji testikal!”

Kuala Lumpur, 2 Mac

Malungun

Malungun
namamu
terpadu
di buku
nan lucu.

Malungun
katamu
terpaku
dirimu
pergi dulu.

Kuala Lumpur, 28 Februari

Malungun atau nama sebenarnya Amir Hamzah Shamsuddin kembali ke rahmatullah jam 11.37 malam, Selasa lalu selepas disahkan mengidap barah hati. Bekas Pengarang Utusan Melayu dan wartawan Berita Harian itu, pernah bertugas di Creative Enterprise sebagai Ketua Pengarang Kumpulan dan Penasihat, selain turut mempunyai kolum di majalah Gila-gila.
Allahyarham turut menghasilkan novel termasuk Dendam dan Astaka terbitan Creative Enterprise, selain novel kanak-kanak, cerpen serta drama.