Luka Shorja Jadi Sifir Baghdad

Langit Shorja tengik
dihentam asap hitam
api gedung tinggi
menjilat lewat tingkap.

Api jadi jari runcing
asap memarap-marap
ada lebam di dada alam.

Shorja luka lagi
di tengah Baghdad
ia menggeletak.

Manusia?

Manusia jadi sifir
di kalkulasi perang
jawapan ada
dalam plastik hitam
sila serahkan
kertas kira-kira
ke rumah mayat.

Shorja
bagaimana luka
boleh jadi kira-kira
di tengah rewel Baghdad!

Kuala Lumpur, 13 Februari

0 kritik: