Kalau Pak Pandir masih hidup
tentu katanya
“Bukan aku saja kematian anak
orang sekarang kematian akal budi!”
Kalau Pak Kaduk masih hidup
tentulah dia tak malu terloncat-loncat
kalah sabung, kampung tergadai
kerana orang sekarang terkinja-kinja
kalah bahasa, sastera tergadai.
Kalau Lebai Malang masih hidup
tentulah tak terasa kepenatan
ke hilir berlapar, ke hulu tidak kenyang
kerana kita ke hilir tidak berundi, ke hulu tidak menang!
Anjung Liku, Kuala Lumpur
Kalau
puisi oleh Korakora pada 6.1.11
Tema Puisi Sinis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 kritik:
Chantek! Ambo suko sangat.
Ini semua Mat Jenin punya pasal! :)
Catat Ulasan