Izinkan kusenyum


Tuhan
izinkan kusenyum
pada hujung hidupku
tanpa perlu kuragu
akan tangis keluargaku.

Tuhan
aku mahu ketawa
pada akhir nafasku
kerana kumahu
getar suara itu
menghapus dukaku.

Barangkali itu doamu
gadis tanpa senyuman
anak tak bisa tertawa.

Kuala Lumpur, 20 Ogos

Mengingatkan kuasa Tuhan lewat Kay Underwood yang tak bisa ketawa, tak mampu tersenyum.

0 kritik: