Dosa Mereka Di Duluiya

Di Duluiya
dia adalah bapa
yang dosanya
adalah membesarkan
keluarganya untuk hidup
di tengah kegilaan perang
yang tak pernah diundangkan
kala dia membuka pintu rumahnya.

Di Duluiya
dia adalah ibu
yang dosanya
adalah melahirkan
anaknya untuk hidup
di tengah kegilaan perang
yang tak pernah dimimpikan
kala dia membukakan pintu rahimnya.

Di Duluiya
dia adalah anak
yang dosanya
adalah membina hasrat
di tengah kegilaan perang
yang tak pernah dipintakan
kala dia membuka pintu mimpinya.

Di Duluiya
dia adalah bapa,
ibu dan anak
yang dosa mereka
kerana menjadi manusia
di tengah kegilaan perang
yang dibakar oleh binatang
yang mencuri nama manusia
kala mereka membuka pintu hayat.

Di Duluiya
mereka adalah
manusia yang membayar
dosa mereka dengan jiwa.

Kuala Lumpur, 20 Mac

5 kritik:

loppiess berkata...

dosa kita di sini ialah cuma melihat dan berdoa..

faizalnizam berkata...

dan kita mendahului dosa dosa kita yang tak mampu meringankan dosa dosa mereka dengan doa doa kita .. moga moga dimakbulkan tuhan.. dan pohon dilepas dr dosa perang yang berperikemanusiaan... dan aku sekadar insan yang lupa dan sentiasa berdosa.. moga mendapat ampun dr tuhan yang Maha Esa.

Tanpa Nama berkata...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »

Tanpa Nama berkata...

Where did you find it? Interesting read » » »

Tanpa Nama berkata...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »