Dari runtuhan Balakot
kau gali derita
dengan tangan ikhtiar
menarik sengsara
yang hanya mahu
meneguk setitik rahmat
mengunyah secebis peluang.
Dari runtuhan Balakot
kau cari rahmat
yang ditindih
batu dan kayu
jasad dan tubuh.
Dari runtuhan Balakot
kau kuis tragedi.
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2005
Runtuhan Balakot
puisi oleh Korakora pada 10.10.05
Tema Puisi Alam, Puisi Tragedi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 kritik:
Looking for information and found it at this great site... » » »
Catat Ulasan