Askar Buta

Negara pembentak itu
menghantar askar buta
tak kenal pintu masjid
menyembelih makmum
dan seorang imam
bersenjata tongkat khatib
disangka rifle automatik.

Negara pembentak itu
menghantar askar pekak
tak kenal tetuang masjid
menyembelih makmum
dan seorang imam
melaungkan takbir ibadat
disangka jerkah pemberontak.

Negara pembentak itu
menghantar askar tolol
tak kenal nilai manusia
menyembelih makmum
dan seorang imam
menundukkan diri abdi
disangka strategi perang.

Moga mereka terus buta
sampai ke pagar Rumah Putih
moga mereka terus pekak
sampai ke pintu Rumah Putih
moga mereka terus tolol
sampai ke pejabat Rumah Putih.

Kuala Lumpur, 30 Mac

3 kritik:

Najwa Aiman berkata...

aku wish aku boleh tulis sebagaimana yg ko tulis wahai Buku...

Bukunota berkata...

najwa: semua orang boleh tulis dari hati.

Tanpa Nama berkata...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Jewelry party dunbar handbag purse parties west virginia Germain toyota Truck rental in almont mi michigan Paris hilton one night in paris clip