Pantai Gaza

Pasir pantai Gaza
tak pernah putih
butir pasirnya darah
menyalin resah
negara terjajah.

Ombak pantai Gaza
tak pernah berbuih
derai ombaknya ghaib
disedut aib
negara tanpa izzah.

Ketam pantai Gaza
tak pernah muncul
cengkerangnya luluh
digasang peluru
mencari manusia.

Duhai, pantai Gaza
tak ada biru di langitnya
suria pun pudar
tika api runtuh di kakinya.

Kuala Lumpur, 15 Jun

2 kritik:

abdullahjones berkata...

kenapa tidak letak sajak kamu di esastera lagi?

As-Sarawaki berkata...

Mohon izin dipost di http://muhtarsuhaili.tripod.com/