Pram, Catatanmu....

Pram
ada catatan kabur
dalam jurnal sejarahmu
yang belum kau bereskan
untuk kami bacakan
sepanjang pengucapan
di majlis mengenangmu.

Pram
helai jurnal sejarahmu
masih ada tercarik-carik
apakah kau tak sempat
meletakkan salotep
bagi mencantumnya kembali?

Pram
tapi jangan bimbang
kami cuba membacanya
dengan hati-hati
yang kabur itu kami cuba terangkan
yang carik itu kami cuba cantumkan.

Pram
aman di sana, ya!

Kuala Lumpur, 30 April 2006

4 kritik:

aslina_bidadari berkata...

Salam, ringkas tapi padat. Puisi yg mudah untuk difahami tapi tepat untuk mengenang Allahyarham

Bukunota berkata...

aslina: ada soalan yg tetap tidak terjawab, sehingga ke hari akhirnya.

Tanpa Nama berkata...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »

Tanpa Nama berkata...

Excellent, love it! »